D'Reebu juga menawarkan khidmatan ukiran kayu kepada pelanggan-pelanggan.

 

5 Produk Ukiran Kayu:

 

 • Papan Bunga

 • Papan Sayang

 • Tebar Layar

 • Kekisi

 • Tanda Nama

 

Jenis Ukiran

Ukiran Tebuk Tembus

 

Ukiran tebuk berasal dari sekeping papan atau beberapa keping papan yang ditebuk dengan menggunakan gerudi gergaji (gergaji menggerudi) supaya tembus bentuk-bentuk bunga atau corak. Terdapat dua jenis ukiran jenis ini, iaitu ukiran tebuk tidak silat dan ukiran tebuk silat.

Ukiran tebuk tidak silat banyak terdapat pada rumah-rumah lama iaitu bahagian selasar, lambur, dinding, pintu, perabot dan mimbar masjid. Bentuk bunga ukir ialah awan larat, siling, kaligrafi dan simetri.

Bagi ukiran tebuk silat, bahagian yang menindih serta melengkung keluar ditimbulkan dan bahagian yang melengkung ke dalam serta yang tertindih ditenggelamkan. Sesungguhnya silat ialah istilah yang menunjukkan bahagian yang timbul dan tenggelam serta papan tebuk disobek. Bunga ukir yang terdapat pada bentuk ini ialah awan larat, silang dan simetri.

Ukiran Bunga Timbul

 

Ukiran ini tidak tembus. Ia mengandungi bunga ukir yang disilatkan dan tidak silat. Terdapat pada perabot, mimbar masjid, barang hiasan yang diperbuat daripada kayu, ulu serta sampir senjata. Bunga ukirnya sama seperti ukiran tebuk.

Ukiran Arca

 

Ukiran ini banyak terdapat pada ulu senjata seperti ulu keris, kepala tongkat, kukur kelapa, kotak nelayan dan sebagainya. Bunga ukirannya sama seperti ukiran timbul tetapi lebih halus dan kecil.

Ukiran Larik

 

Melarik adalah satu cara orang Melayu mengukir kayu. Ukiran larik berbentuk bulat dengan susunan gerlang-gerlang dan genting-gentat yang menarik. Ukiran ini sering terdapat pada ulu senjata, perabot, tongkat, gasing, tiang-tiang rumah dan sebagainya.

Ukiran Kayu Hanyut

 

Ukiran ini dianggap masih baru. Ukiran ini diperkenalkan oleh Perbadanan Kraftangan Malaysia. Ukiran ini hanya sebagai hiasan semata-mata. Ukiran kayu hanyut diukir pada bahagian-bahagian tertentu dan dibentuk menyerupai ikan, burung dan sebagainya. Kayu induknya di ambil dari kayu atau akar yang terdapat dalam sungai.

 

 

  

  

 

 

D'Reebu Sdn Bhd

D’Reebu merupakan pakar dalam bidang pembuatan dan pemasaran perabot taman seperti pondok, pergola dan gazebo. Selain itu kami juga menerima tempahan untuk membuat produk lain yang berasaskan kayu seperti pagar kayu, awning kayu, chalet, rumah kayu dan sebagainya. Kami beroperasi melebihi 10 tahun dalam industri perabot taman dan pengalaman ini membolehkan kami menghasilkan produk taman yang menarik. Sila membuat panggilan 019-6495364 untuk membuat tempahan dan pertanyaan.
Bookmark and Share
Jamaliah Lot 428-A, Merbau Sempak,
Batu 18, Jalan Kuala Selangor
47000 Sungai Buloh, Selangor
(M) 012-501 5895